Wednesday, November 11, 2009

Best Friend not Boy Friend

Best Friend not Boy Friend

”Hai Sally, you nak kemana? Leh i tumpangkan?”

”Hello, i tak semurah tu okey, nak ikut jantan-jantan murahan macam you keluar. Kalau nak keluar, i nak dengan anak-anak dato, baru kena dengan taste i.”

”Eleh, perasan. Ingat dia lawa sangat ke. Bapok!!!!”

Sally terus mengangkat kain yang dipakainya dan berlari kejar Jamal yang mengejeknya.

”Jangan kau sangka aku pondan, aku tak ada hati perut. Nahas kau, aku kerjakan. Pondan-pondan aku pun, aku ada maruah dan perasaan.”

”Sabarlah nyah, mak tahu perasaan kau. Kau abaikanlah semua tu, yang penting kita tahu diri kita siapa” Ujar Melly atau nama sebenanya Mas’ud.

”Ada mak kesah”

Sally atau nama sebenarnya Saleh dan Melly jalan terkedek-kedek ditepi jalan. Ada saja jantan yang mengusik mereka tapi dibiarkan sahaja. Dalam perjalanan, tiba-tiba telefon Sally berbunyi.

”Hello, Sally speaking.” tangannya melentik 90°.

”Hello, Sally, ni i Haris. You ada kat mana? Leh jumpa tak? I nak minta tolong you ni”

”I ada dekat Mid velly, Boleh aja i tolong You. You kan BF i”

”Ok, i datang jemput You. You tunggu I okey.”

Talian diputuskan.

“Sape tu nyah? Mesra semacam aja. Anak ikan baru ke?” Tanya Melly.

”Hello, itu Haris la. Dia cakap nak minta tolong. Mungkin ada problem lagi lah tu”

”Haris, Haris is your BF?”

“Yup, my BF. Kenapa nyah? Kau terkejut ke?”

“Hai, setahu mak, nyah, kau ni tak suka ada relationship macam ni. Kenapa tiba-tiba dah ada BF?”

“Hello, BF means Best Friend okey, not Boy Friend. Kau gila nyah, aku nak sauk kawan sendiri. Lagipun nyah, aku dah anggap Haris tu macam adik aku. Not more than that ok. CLEAR?”

“Ya..ya..ya…” Melly sambil gelengkan kepalanya.


Tidak lama kemudian, Haris sampai di Midvelly.

”Ha Haris You kata nak jumpa i. Kenapa you kelam kabut aja? Ada probs ke?”

”Salley kenapa you pakai macam ni? I nak bawa you jumpa GF i.”

“I pakai macam mana?”

“Pakai macam ni la. Ala-ala Britney Spears.”

“Wow meletup mak, ada juga yang perasan mak ni macam britney. Melly kan mak dah cakap, mak ni macam britney tapi kau tak percaya.”

“Ia lah tu” Balas Melly.

“Ala perasan lah pulak, dah-dah jangan nak bertekak. I nak you tukar pakaian sekarang. You pakai ala-ala lelaki.”

”Ala-ala lelaki. Tapi mak kan dah vouge-vogue macam ni.”

“Tolong Sally”

”Tapi kenapa?”

”I nak you jumpa Anis, GF i. I selalu cerita You kat dia, and then dia nak jumpa dengan you.”

“Wow, apa you ceritakan pasal I kat dia? Mesti you cakap I ni cantik kan? Kan? Ala, tak payah nak diragukan kecantikan i. Jangan kata anak ikan, jaws, buaya malah anak itik pun cakap mak vouge. No wonder kalau ada yang cakap i ni macam datuk siti”

”Nyah, tak payah kau nak perasan. Kau ni cepat sangat perasan.”

”dah...dah...i nak you pergi beli pakaian lelaki and jumpa i kat McD. I tunggu you. Melly you pun cari pakaian sekali. Nah duit 300, and beli pakaian. Cepat sikit taw. Anis kejap lagi sampai.”

”Ye lah. I pergi beli.”

Haris beredar dari situ. Sally dan Melly berjalan ke kedai pakaian dan mencari pakaian lelaki seperti yang diminta oleh Haris.

”Kenapa Haris nak i pakai baju lelaki ek nyah? I tak paham la, sepatutnya dia bangga i vouge dan terkenal. I jalan semua tengok i. Bukan i tak tahu, semua yang lihat i, memang suka dengan i”

”Hello nyah, jangan lah nak perasan. Haris nak kenalkan you dengan Anis. Dia tak nak kalau Anis tahu, kawan Haris itu adalah macam you, macam i.”

”Maksud you macam mana? ”

”Macam kita la. Nyah,nyah ni...ala bapok la...”

”Tapi apa salah kita nyah”

”ala, bukan salah kita. Tapi persepsi orang. Okey macam ni. I nak tanya you. You sayangkan Haris tak?”

”Mesti lah sayang. Dialah satu-satunya my best-best friend sejak dulu lagi. Dia kawan paling baik and tak pernah dia perkecilkan i.”

“So, maknanya you harus tunaikan permintaan dia. Dia tak nak kalau GF dia tahu, kawan Haris adalah nyah-nyah macam kita.”

”Maksud kau, mak kena berlakon macam lelaki ke nyah?”

”Yup, tepat sekali. Sekarang kita kena cari pakaian yang sesuai. Make up ni kita buang masa kat toilet nanti”


* * *

10 minit kemudian, baju yang dicari akhirnya jumpa. Mereka bergegas ke bilik air untuk menyalin pakaian. Anis telah tiba di Midvelly. Disampingnya ada Haris.

”Mana kawan you ni? Lambat lagi ke?”

“Dia cakap dia kat toilet. Jap lagi sampai lah tu.”

“Kalau lambat lagi i nak pergi toilet la. Nanti apa-apa you mesej i okey.”

“okey”

Anis meninggalkan Haris menuju ke toilet.

“Nyah, i terlupa nak bawa tisu. Macam mana i nak hilangkan make up ni.” Tanya Sally.

”Ala tisu toilet kan ada. Sental aja.”

”Hello, you ingat i ni apa? Lubang jamban nak sental-sental dengan tisu macam tu. Hello, i britney spears alias datuk siti. Ada faham?”

”Nyah, saat genting macam ni you still nak cakap benda tu ke? You memang tak sayangkan persahabatan you dengan Haris ke?”

”Hello nyah, i anggap Haris tu kawan terbaik dunia akhirat. Untung siapa dapat jadi isteri dia. I hargai setiap perhabatan dia. Dia hanya best friend i not my boy friend. Tapi orang lain ramai salah anggap. Tu i tak kesah, yang penting sekarang i nak bagi pandangan yang baik pada Anis terhadap Haris. I tak nak Anis tinggalkan Haris disebabkan i. Kalau Anis GF Haris, I nak jadi Best friend Anis juga.”

”Wah nyah, sebodoh-bodoh kau, seperasan mana kau, kau memang class in the world”

”Siapa bodoh? Aku tak bodoh okey, Cuma sengal sikit.hahhahaha”

”Nyah, kau minta sikit tisu kat minah tu. Kalau dia bagi la.”

”Cik, boleh saya minta tisu sikit. Nak hilangkan make up ni. Mak takut kalau guna tisu toilet takut ada effect pulak” Tanya Melly.

”Boleh ambil lah.”

”Terima kasih ek.”

”Wah cik. Cantiknya kulit cik. Cik guna apa, kalah mak. Mak nak buat pembedahan la, nak jadi vouge.”

”Tak lah. Saya guna biasa-biasa aja. Jangan buat pembedahan, tak elok. Yang penting, kecantikan itu semula jadi.”

”Betul tu” sambut Melly dan Sally.

”Eh nak pukul berapa ni. Kang Haris tunggu lama dengan GF dia.”

”Terima kasih ya Cik.”

Sally dan Melly bergegas menyalin pakaian dan berjalan menuju ke Mcd. Dan setibanya di Mcd hanya kelibat Haris sahaja yang kelihatan.

”Macam ni lah kawan i. Nampak jantan” sinis Haris.

”Mana GF you. Penat taw i tukar baju ni, habis make up i.”

“Sorry ye..please. tapi kalau boleh cakap ala-ala jantan ek. Macam lelaki sejati. Tangan tu jangan nak melentik, relaks aja. Lagi satu cakap bila ditanya. Kalau cakap, jangan sekali dengan badan-badan yang gerak. Boleh tak?”

”Amboi banyaknya syarat dia. Nasib baik you ni Best Friend i. Kalau tak, i lumat-lumatkan tu.”

”Ha, apa ni lentik-lentik tangan tu. Tengok macam i, nampak jantan kan?” Ujar Melly.

”Hello, jantan bukan macam tu, dia punya tangan kena lurus. Kalau jalan membidang dada.” Balas Sally.

”Dada? Habis lah mak, nyah”

”Dah...dah jangan nak merepek. Buat macam biasa je. Jangan over-over. Suara tu kena garau k.”

”Ya la. I tahu la. Mana ni GF you ni. Lambat macam siput la.”

”Ala kejap lagi dia sampai lah. Ha..tu pun dia.”

Anis berjalan dari arah belakang Sally dan Melly.

”Hye babe. Kenapa lambat sangat? Kenalkan ini kawan i, Yang ini Saleh dan yang ini Mas’ud.”

”Hye” jawab Sally sambil senyum.

“Macam pernah kulihat wajahnya tapi di mana ya?” Benak Melly.

Anis kemudiannya duduk di sebelah Haris.

“Inilah kawan I, yang I selalu ceritakan kat you. Sekarang you dah jumpa orangnya.” Ujar Haris.

”Lawa GF kau Haris. Pandai kau pilih” Sally dengan suara yang dibuat-buat garau. Melly dan Haris mula ketawa. Anis kehairanan.

”Kenapa ketawa ni? Anis tak lawa ke?” Tanya Anis

“Tak lah sayang. Sayang memang lawa.”

“Nyah, mak macam kenal aja awek ni. Tapi kat mana ek?” Bisik Melly di telinga Sally.

“Ala, mungkin pelanduk dua serupa kot. Dah jangan nak bernyah-nyah dengan aku. Aku sekarang jantan okey.”

”Cis...”

”Salleh dan Mas’ud kerja di mana?” tanya Anis.

”Saya kerja di Sa...”

”Dia kerja di Bank.” Sampuk Haris.

”Aaaa..ya kerja di bank.” Sally dan Mas’ud hanya mengiyakan kata-kata Haris.

”Oooo..okey.”

Anis diam seketika. Dia tersenyum dan menatap kelibat dua orang di hadapannya.

”Macam nilah. Babe, i dah tahu perkara yang sebenarnya. Siapa kawan you ni dan kenapa you buat macam ni”

”You tahu apa?”

”I tahu tentang Sally dan Melly ni, masa di toilet tadi”

”Masa di toilet” Sally dan Melly berfikir sejenak.

”Baru ingat, cik tisu” Jawab Sally.

”Cik tisu. Baru i ingat nyah. Ooppsss. Alamak aku terlepas” Ujar Melly.

”Cik Tisu? I tak faham” Soal Haris.

Anis hanya tersenyum.

”I sebenarnya tak suka kalau you ada kawan-kawan pondan sebab i takut nanti you akan dipengaruhinya. Tapi sebaik sahaja i kenal Sally dan Melly ni, tak sampai satu jam, i boleh merasakan mereka ni baik. Kami berkenalan di toilet tadi. Dan i dengar segala-galanya yang Sally dan Melly bualkan.”

”You dengar ke apa yang kami bualkan? Malunya!” Kata Sally.

”Ya i dengar semuanya. Sally, Melly, dalam berkawan tiada batasan atau halangan. I sedar, walaupun BF i berkawan dengan you all, akan timbul fitnah dan seumpamanya. Tapi yang penting hanya niat dan keikhlasan you berkawan dengan BF i. I sedar, orang lain akan pandang serong pada BF i, tapi semua tu sape kisah, yang penting i tahu siapa BF i. Kata-kata yang you luahkan sewaktu di dalam toilet tadi benar-benar ikhlas dan membuka hati untuk menerima orang-orang seperti you.”

”I tak tahu nak cakap apa. I kagum dengan you” Kata Haris.

”Babe, i marah kat you sangat. Kenapa you tak jujur aja. I terima you dan kawan-kawan you apa adanya.”

“Sorry babe. I takut you tak boleh terima I lepas you tahu siapa orang I berkawan.”

“I bukan macam tu, babe”

“Betul tu, mak tak suka jadi hipokrit. Penat mak nak keraskan jari-jari ni. Mak lagi suka jadi macam ni” Jelas Sally.

“Betul cakap you tu nyah. Tak sangka rupa-rupanya, ada juga perempuan macam you, Anis. I respect you.” Balas Melly.

“Anis, you kata tadi you dengar apa yang I katakan dalam toilet tadi. Sekarang I nak ulang kata-kata I. you orang paling bertuah mendapatkan Haris. I kenal dia dah lama, dia ni dungu sikit pasal awek, tapi percayalah, dia memang terlalu baik dan dia tak akan sia-sia kan you.” Jelas Sally lagi.

”Betul tu nyah” Sampuk Melly.

”Ishk, jangan nak puji i lebih-lebih okey. Nanti i lupa diri pulak. Habis duit i nak kena belanja you all” Lawak Haris membuatkan semuanya ketawa.

”Sally, Melly ada lagi satu yang kamu berdua lupa” Tanya Anis.

”Apa dia?”

”Tadi kamu cakap, kamu sedia terima GF Haris sebagai BF awak, maksud saya Best Friend awak. Saya nak jadi best friend awak kerana saya suka berkawan dengan awak berdua. Awak berdua jujur” Jelas Anis.

”Mak tak kisah. Yang penting kita happy. Wah macam lagi Amy Mastura gitu. Tapi habis lah make up mak, kene setup balik. Mak tadi dh nampak macam britney taw.” Sally mula mengomel.

”Dah..dah jangan nak mengada-ngada. Cepat order makanan. Hari ni, i yang belanja.” Ujar Haris.

”Of course you yang kena belanja. You yang dera kami berdua” Balas Melly.

”Ok..ok i minta maaf. Lain kali i akan jujur dan tak malu jika i ada kawan macam you. i buat semua tu coz i takut kehilangan Anis.”

”I faham, tak apa. I tak ambil hati.” Ujar Melly dan Sally.

”Ingat babe, tak ada rahsia antara kita. Promise” Kata Anis
”I promise.”

”Sekali lagi i nak bagitahu, I ni BF Haris. Best Friend not Boy Friend ok”

Mereka semua gelak sakan…

6 comments:

  1. hahahhaha...idea yang menarik...
    tak pernah aku baca cerita macam ni...lawak la lu...bagus...

    jamal82

    ReplyDelete
  2. Woi..lawaklah crita ni...bagus2
    aku suka
    sekurang2nya ada pengajara...

    good job

    ReplyDelete
  3. best giler citer nie...
    bahasa pun mcm real jer..
    mcm tngok citer nie live...
    heee..
    best ar..
    pecah perut aku gelak..
    kalau lagi bnyk kejadian nak kantoi ker..
    lgi best....
    anyway good job asrul...
    ikhlas dri
    najibminhat...

    ReplyDelete
  4. idea yg menarik
    tetapi alangkah lebih baik jika olahan dan langgam penceritaan disesuaikan dengan laras cerita sebegini
    apa2 pun, satu cubaan yg baik

    ReplyDelete
  5. cubaan menarik..membuka sikit mata masyarakat..xbyk pon sikit la..hehe..good job ea..

    ReplyDelete