Dari jauh sudah terlihat berdiri teguhnya bangunan yang berkubah-kubah, berjaring-jaring dan luas di dalamnya dan mihrabnya luas. Setiap hari jumaat, rumah ini ramai yang berkunjung, hingga melimpa ke luar balkoni dan mihrabnya. Sungguh bergema dan meriah suasana rumah itu sewaktu menerima ramai tetamu. Ada yang berzikir, ada yang melaungkan kalimat-kalimat suciNya, ada yang khusyuk beribadah dan ada yang duduk sahaja sambil menunggu waktu yang ditunggu tiba.
Setiap yang datang mengharapkan sesuatu, ingin mendapatkan sesuatu, jika bekerja ingin mendapatkan gaji pada akhir bulan, jika dapatkan cinta pasti menginginkan kesetian, jika berkahwin pasti mengharapkan kebahagiaan. Begitu juga dengan sekalian tetamu yang hadir, pasti menginginkan keredhaan daripada Ilahi. Kawasan rumah inilah yang menjadi perantara mereka berjemaah bersama-sama. Ruangan dalam rumah itu tersusun indah, beralaskan karpet biru muda berjalur kuning melintang, bersyilingkan ukiran plaster of paris yang indah, lampu kaca yang cantik dan mengujakan, di hadapannya ada satu takhta yang digunakan ketika sedang membaca kutbah.
Rak-rak kitab al-Quran jelas tersusun rapi, surah-surah yassin, rehal, dan beberapa kain pelekat sedia tersusun dan dijaga dengan rapi. Rutin petang rumah itu, tidak kurang meriahnya dengan kehadiran tetamu kecil yang bertandang belajar mengaji al-Quran, yang dipimpin oleh Ustaz Haji Dhwalan Sierenajo. Seorang ustaz yang berasal dari Batam, Indoesia sekaligus penjaga kepada rumah ini. Seorang Mahasiswa MA, Universiti Al Azhar, Kaherah dalam Fakulti Usuluddin, Jurusan Hadith. Setelah itu, beliau mengajar di beberapa pondok atau lebih dikenali dengan pesantren bagi masyrakat setempat. Dari satu daerah, hingga satu daerah beliau berdakwah dari daerah Acheh hingga ke daerah Pontianak, Kalimanatan.
Di Kalimantan, berlaku satu tragedi yang tidak dapat dilupakan, beliau telah dicemari dan diburukkan oleh manusia yang tidak senang dengan kehadirannya. Sampai satu ketika, beliau dihalau dari daerah Pontianak, Kalimantan. Beliau dihalau bagai anjing kurap, tanpa belas kasihan. Segala jasa yang dicurahkan, sedikit pun tidak diendahkan oleh penduduk setempat. Beliau dicaci, dimaki, dan diseret dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Tangannya diikat pada tingkap kereta dan beliau terpaksa berjalan keliling kampung dengan berkaki ayam mengikut arah pemandu kereta itu tuju. Dhwalan sedikit pun tidak merasa kesal dengan apa yang diterimanya. Malah, dia merasa bersyukur kerana diberi dugaan yang berat. Ini bererti dia adalah golongan orang yang disayang oleh Allah s.w.t.
Teringat satu cerita, Haji Daliman Sulaiman, seorang haji muda yang baik dan warak. Selalu memberi ceramah dan mendapat pujian daripada pelbagai pihak. Dalam baik itu, ada juga yang menghina dan mengutuk beliau, sehingga beliau difitnah membuat zina dengan seorang pelacur. Haji Daliman Sulaiman, cuba menegakkan keadilan dengan berkata benar. Namun setiap omongannya tidak sedikit didengar. Lalu, Haji Daliman Sulaiman dihalau keluar dan sekarang entah dimana khabarnya. Begitu juga dengan kisah Dhwalan ini.
Dalam rumah ini, Dhwalan belajar cara hidup di Malaysia. Telah hampir setahun dia menetap di Malaysia dan berdakwah kepada penduduk setempat. Keberadaan dan penerimaannya di Malaysia jauh bezanya dengan apa yang berlaku di tempat asalnya. Dengan kenangan dan musibah yang menimpa dirinya, Dhwalan nekad untuk berdakwah sehingga keluar ke kampung-kampung, desa-desa, malah dari satu daerah ke satu daerah. Dalam usia yang muda, lewat 20-an hatinya belum tersentuh untuk bernikah. Dengan bantuan, Dato Muazam Azli nama Dhwalan telah mekar mengharum di beberapa daerah terutamanya di daerah Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Melaka, Johor Bharu dan Pontian.
Nama ustaz muda ini disebut-sebut oleh beberapa orang ulama, ada yang mengatakan ceramahnya mempunyai inti yang mampan dan mantap. Mampu memberikan santapan rohani yang bermakna. Berbekalkan kitab Subulus Salam karya Imam asy-Syan’ani yang merupakan lanjutan dan penerangan kepada kitab Bulughul Maram yang disusun oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani yang dibawa jauh bersamanya menyeberang Lautan Cina Selatan, segala ilmu yang dipelajarinya di Al Azhar diperturunkan kepada penduduk setempat, walaupun bukan tempat asalnya. Dengan bantuan itulah, Dhwalan membaca dan menghuraikan panjang lebar dalam ceramahnya. Di samping itu, beliau juga menggunakan dua kitab lainnya bagi melengkapkan setiap ceramahnya, iaitu kitab Tafsir Jalalain dan kitab al-Hikam.
Jauh perjalanan luas pemandangan. Terjejaknya kakinya di Johor Bahru, Dhwalan berjumpa dengan sahabat lamanya sewaktu berada di Pontianak, Kalimantan Ridewan Deodijawan seorang lelaki yang berhijrah ke Malaysia untuk menyara keluarganya di Kalimantan. Dia berhijrah bersama-sama dengan isterinya, Anna dan seorang anak lelakinya, Aman. Setelah Dhwalan dihalau dari kampung, tiada sebarang berita yang didengar. Dan setelah itu, Ridewan Deodijawan berhijrah ke Malaysia dengan bantuan seorang rakan. Semenjak hari itu, dia berkerja sebagai seorang buruh kontrak binaan Hospital Sultan Ismail selama hampir 2 tahun. Isterinya, Anna Hustanulisa pula berkerja mengasuh anak-anak tetangganya. Dengan keberkatan dan kesungguhan akhirnya hidup mereka di Malaysia semakin membaik.
Setelah kontrak bekerja di Hospital Sultan Ismail telah tamat. Ridewan Deodijawan berkerja dibawah jagaan En. Bakri Ismail seorang arkitek yang sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan orang-orang dibawah jagaanya. En. Bakri Ismail senang dengan sikap dan kerajinan Ridewan, lalu dia mengambilnya sebagai pekerja tetapnya.
Sementara itu, setelah Dhwalan berada di Johor Bahru untuk mengadakan satu ceramah di kawasan perumahan Ridewan sempena Majlis Sambutan Maulidurrasul yang kebetulan dihadiri oleh Haji Sabran seorang Imam di Masjid Jamek di Johor Jaya. Dia sangat tertarik dengan karekter dan cara Dhwalan. Dengan usaha Ridewan lalu dipertemukan Haji Sabran dengan Dhwalan.
“Assalamualaikum, ini saya perkenalkan Ustaz Haji Dhwalan Sierenajo. Dia ini rakan sekampung saya di Kalimantan” Ujar Ridewan.
“Waalaikumusalam, saya Sabran, Haji Sabran. Saya sungguh tertarik dengan inti syarahan yang diberikan dan saya tidak sangka ada anak muda yang semantap kamu” Jelas Haji Sabran.
“Ah, bapak ini melambung pujiannya. Saya biasa-biasa aja. Saya juga masih dalam belajar.” Jawab Dhwalan.
“Berapa usia kamu nak?”
“Kalau diperkira bulan ini, usia saya menjangkau 28 tahun pak.”
“Wah muda lagi. Sudah beristeri?”
“Pak, sebenarnya Dhwalan ini seorang yang pemalu, tetapi ramai yang suka padanya. Dia aja yang belum bersedia untuk bernikah.” Celah Ridewan.
“Ah kamu ni wan, mahu malukan saya ya” Ujar Dahwalan sambil tersenyum sipu. Dalam senyuman itu, terserlah wajah ketampanan anak Jawa lahiran Bogor itu.
“Sayanglah kalau macam tu. Kamu sepatutnya sudah bernikah. Masih punya orang tua?” Tanya Haji Sabran.
“Masih pak, tapi mereka berada di Bogor”
“Mereka tahu kamu ke Malaysia?”
“Sudah pak, tiap bulan saya kirimin wang buat mereka”
“Baguslah kalau begitu. Apa pendapat kamu kalau saya jodohkan kamu dengan anak saudara saya?”
“Anak saudara?” Dhwalan sedikit binggung.
“Maksud pak Haji dia mahu jodohin kamu dengan keponakannya” Jelas Ridewan dalam bahasa Indonesia.
“Pak haji, saya ni orang biasa-biasa aja. Datang jauh dan berkapal. Saya tidak pantas dan sedarjat dengan pak haji mahupun keponakan pak haji. Baik kita abaikan aja lah pak.”
“Setinggi mana darjat, sejauh mana kapal berlayar, jika sudah berjodoh pastikan akan bertemu jua. Mungkin ini takdir dari Ilahi.” Sambut Dhwalan.
“Keponakan pak haji itu bagaimana orangnya?” Tanya Ridewan.
“Penasaran ya?” Gelak kecil Haji Sabran.
“Namanya Husnatul Fatimah, Usianya 23 tahun, seorang pelajar Ijazah lepasan Universiti Islam Antarabangsa dalam pengajian Bahasa Arab. Sudah kehilangan orang tuanya hampir 10 tahun yang lalu.” Sambung Haji Sabran.
“Husnatul Fatimah” Bisik perlahan Dahwalan.
“Nantilah ya pak haji. Kalau hati saya terbuka nanti, akan saya khabarkan kepada pak haji. Saya perlu meminta petunjuk dahulu daripada Allah. Mahu solat Istikharah, mudah-mudahan mendapat petunjuk daripadaNya”
“Ya kalau begitu, saya ikut aja. Saya tidak mahu memaksa. Kalau berjodoh, berjodohlah kamu”
Selepas Majlis Maulidurrasul dan perbincangan mengenai gadis yang ingin dijodohkan dengannya, Dhwalan teringat-ingat nama Husnatul Fatimah. Dia sedar, dalam usia yang sepatutnya sudah mempunyai keluarga, anak dan sebuah kebahagian harus dimilik. Namun pintu hatinya tidak lagi bisa bergetar dengan namanya pernikahan. Dhwalan tidak terus melenakan matanya, dia terus mengambil wuduk dengan air yang dingin. Lalu dia bersujud pada sejadah menghadap Tuhan sekalian alam. Solat Istikharah yang dibuat, memohon petunjuk kepada Ilahi. Dia membuat istikrar kepada Allah s.w.t. Hatinya pengen sekali untuk bernikah, tetapi belum ada jodoh yang ditakdirkan untuknya.
Dari satu malam, ke dua malam yang seterusnya, dan setelah itu berlanjutan sehingga malam ke tujuh. Dhwalan terus berdoa dan berdoa kepada Ilahi. Dalam malam yang ke tujuh, Dhwalan mendapat petunjuk dalam sebuah mimpinya. Dalam mimpinya datang seorang lelaki yang samar-samar kelihatan supaya membuat taaruf dan berjumpa dengan Husnatul Fatimah, anak saudara Haji Sabran. Petunjuk mimpi itu benar-benar membuatkan Dhwalan nekad untuk berjumpa dengan Husnatul Fatimah.
Keesokan harinya, setelah selesai menunaikan solat Asar, bertemankan Ridewan, Dhwalan berkunjung ke rumah Haji Sabran. Dia menyatakan hasratnya untuk berkenalan dengan Husna, sekaligus menyatakan hasratnya untuk bernikah dengan keponakan Haji Sabran. Setibanya di rumah Haji Sabran, terlihat kelibat Haji Sabran dan Isterinya, Hajah Maimunah. Dhwalan tercari-cari kelibat Husna dalam segenap ruangan rumah. Namun tidak dapat dilihatnya.
“Apa yang dicari itu, Dhwalan?” Tanya Hajah Maimunah.
“Awak ni, anak-anak muda. Biasalah tu, pergi panggil Husna” Ujar Haji Sabran.
Hajah Maimunah bangkit dan meninggalkan ruangan tamu. Beberapa minit setelah itu, dia kembali semula ke ruang tamu bersama-sama sesosok wanita yang tidak terlihat wajahnya. Seraut wajah yang tertutup dengan purdah, jelingan matanya amat tajam.
“Sungguh cantik mata itu” Lirih Dhwalan sendirian.
“Perkenalkan, inilah puteri saudaraku namanya Husnatul Fatimah, lulusan Universiti Islam Antarabangsa.” Jelas Haji Sabran.
Lalu setelah itu, Dhwalan menatap tajam ke arah Husna dengan penuh teliti. Dia cuba menyingkap disebalik purdah yang menutupi wajahnya.
“Subhanallah, jika benar ini namanya Husnatul Fatimah aku terima aja pernikahan ini. Paras rupa tidakku pandang, tapi alim dan ilmu agamanya aku amati dengan teliti” Benak Dhwalan.
“Assalamualaikum, perkenalkan nama saya Dhwalan Sierenajo”
“Waalaikumusalam, saya Husnatul Fatimah. Salam perkenalan”
“Saya ingin bertanya kepada Husna, setujukah awak bernikah dengan saya? Saya ni tak punya apa-apa, rupa pun tiada, harta apa lagi. Saya ini hidup merantau dinegeri orang, mencari rezeki dan bersilaturrahim dibumi Tuhan” Kata Dhwalan.
“Saya juga tidak sempurna mana. Andai sempurna yang dicari, bukan sayalah orangnya, Jika takdir saya untuk awak, saya terima dengan penuh senyuman” Jawab Husna sambil matanya menghala ke bawah. Dari matanya, dapat dibayangkan senyuman yang terukir pada bibir yang terselindung dibalik purdah.
“Jika benar apa dikata, saya berasa lega. Husna, lihatlah ke arah saya. Ingin sekali saya bertentang mata dengan awak.” Jawab Dhwalan secara terus. Dia nekad untuk memperisterikan Husna setelah mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.
“Maaf saya tak bisa memandang ke arah lelaki yang saya tidak kenali, apatah lagi pandangan itu bisa membawa kepada maksiat. Mata suka memandang dan mempengaruhi hati supaya menjatuhkan hukuman terhadap orang yang dipandang. Walaupun baru sekali berjumpa, ada yang sudah bijak menilai orang lain semata-mata dengan asas prasangka buruk. Orang itu jahil, si polan fasik, jiran kamu sombong, kawan kamu penipu, suami kamu pembohong, beliau yang dihormati itu sebenarnya zalim, saudara kamu munafik, khianat, penjenayah, perampas hak orang dan segala kejahatan hanya milik mereka yang hadir dalam kehidupannya. Itulah mata jahat yang bersatu dengan hati busuk. Tetapi kadang-kadang mata dan hati boleh tertipu oleh rupa paras dan tingkah laku orang yang dilihatnya. Baru sekali duduk minum dan mendengar tutur bicara halus dan idea bernas, terus percaya kepada orang di hadapannya itu umpama malaikat. Saya tidak mahu, hanya sekali pandang bisa merubah persepsi awak kepada saya.” Panjang penjelasan Husna dengan nada yang meyakinkan seolah-olah seperti mempertahankan hujahnya sewaktu kuliah di UIA.
Dhwalan hanya tersenyum, dia kagum dengan bakal isterinya. Dengan tekad yang nekad, Dhwalan akhirnya bersetuju untuk bernikah dengan gadis yang baru dikenalinya. Husna juga bersetuju untuk bernikah dengan Dhwalan tetapi dengan beberapa syarat. Syarat-syarat inilah yang membuatkan Dhwalan hairan. Syarat-syarat Husna Seolah-olah telah mengabulkan doanya selama hari ini. Syarat pertama yang diminta oleh Husna adalah sesudah berkahwin, Dhwalan boleh meneruskan dakwahnya, dia harus menetap di rumah Husna dan membawa orang tuanya menetap di Malaysia. Yang kedua, menunaikan haji bersama dengan orang tua Dhwalan. Syarat ketiga, ingin mengikut suaminya turut berdakwah.
Disebalik syarat yang disenaraikan ini, Dhwalan binggung. Dia khuatir dari mana dia dapat mengumpulkan sejumlah wang yang banyak untuk membawa kedua orang tuanya ke Malaysia dan menunaikan haji bersama-sama. Bakal isterinya yang baru dikenalinya hanya seorang lepasan sarjana muda UIA, dan belum memiliki sebarang pekerjaan. Namun Dhwalan percaya ini takdir Allah s.w.t. Dan dia perlu memikul tanggungjawab seorang suami sekaligus seorang anak.
Beberapa hari kemudian setelah majlis taaruf itu selesai, Dhwalan terkejut dengan kehadiran kelibat orang tuanya di Malaysia, iaitu Haji Dijo Sierenajo dan Hajah Rabiatul Jamiah. Tanpa berfikir panjang, Dhwalan terus bertanya kedua orang tuanya yang tepat-tepat terpacak pada muka pintu rumahnya.
“Assalamualakum bapak, ibu. Dhwal benar-benar kaget melihat bapak dengan ibu”
“Waalaikumusalam nak. Sepatutnya kami yang harus bertanya kepada kamu. Kenapa kami dibawa ke sini?”
“Apa maksud ibu? Saya tak mengerti”
“Kelmarin, datang seorang lelaki ke rumah, dari bahasanya dia berasal dari Malaysia. Kemudian dia bertanyakan mengenai kamu dan meminta kami datang ke Malaysia. Tanpa memikir panjang, bapak dan ibu terus ikutin kata-katanya. Memang itu rencananya kami ke Malaysia berjumpa dengan kamu. Tapi tiada wang.” Ujar Haji Dijo Sierenajo.
“Siapa lelaki itu? Adakah dia masih lagi di sini?” Tanya Dhwalan.
“Ya ada. Dia ada di mobil”
Dhwalan terus keluar menuju ke arah mobil yang dimaksudkan. Lalu dia sapa pemandu kereta mewah itu.
“Assalamualaikum pak, saya tumpang tanya. Siapa yang meminta bapak membawa orang tua saya ke Malaysia. Ingin sekali saya berterima kasih kepadanya dan sekaligus ingin mendapatkan kepastian”
“Waalaikumusalam. Maaf ya, saya tak boleh beritahu. Nanti kamu akan tahu juga. Maaf, tugas saya sudah selesai, saya harus pulang. Assalamualaikum”
“Tapi pak...” Belum sempat Dhwalan habis bicaranya, tingkap mobil kereta dinaikkan dan kereta itu terus bergerak.
Dhwalan terus penasaran dengan orang yang membawa orang tuanya ke Malaysia. Ingin sekali dia berkenalan dan berterima kasih dengan orang itu. Tetapi Dhwalan juga binggung, bagaimana dia tahu alamat rumahnya di Bogor dan alamatnya di Malaysia? Bagaimana dia kenal orang tuanya? Dan semua ini membuatkan Dhwalan berfikir panjang.
“Sudahlah tu nak, nanti ditemu juga jawapannya. Yang jelas, sekarang ibu dan bapak kamu selamat dan ada di depan mata kamu. Kamu tak kangen sama ibu dan bapak kamu ka?” Tanya Hajah Rabiatul Jamiah.
“Ya kangen lah bu. Udah lama kita tak ketemu. Setelah diusir dari Kalimantan, Dhwal terus tidak pulang ke Bogor. Dhwal diajak sama Ridewan untuk ke Malaysia. Dhwal udah khabarkan pada ibu dan bapak kan. Dhwal minta maaf jika Dhwal buat ibu dan bapak khuatir”
“Bapak tak khuatir pasal kamu. Bapak yakin, kamu anak yang baik dan kamu tidak buat perkara yang macam-macam. Kamu difitnah di Kalimantan, bapak tidak percaya. Ibu kamu juga tidak percaya. Kami kenal siapa anak kami, kami yakin Dhwal tidak akan sesekali berbuat perkara yang boleh memalukan keluarga kita.”
“Terima kasih pak, bu. Dhwal sering menyusahin ibu dan bapak. Dhwal janji Dhwal akan berhati-hati. Pak, bu, Dhwal mahu khabarin sesuatu, alang-alang bapak dan ibu ada di sini, Dhwal mahu pak dan ibu masuk meminang keponakan Haji Sabran. Minggu lalu, Dhwal dan Ridewan telah taaruf di rumahnya Haji Sabran dan Dhwal telah melihat calon isteri Dhwal. Dhwal yakin, kali ini Dhwal mahu bernikah”
“Syukur Alhamdulilah. Akhirnya kau mahu bernikah juga. Pasti perempuan itu cantik sampai kamu tertawan dengannya. Sebelum ini, bukan satu atau dua, malah berpuluh-puluh yang mahu bernikah sama kamu setelah kamu lulusan Al Azhar. Namun semuanya ditolak. Kali ini, ibu tidak akan berlengah lagi.” Jelas Hajah Rabiatul.
“Iyalah bu.” Balas Dhwalan ringkas.
“Siapa namanya?”
“Namanya Husnatul Fatimah, berumur 23 tahun. Dan lulusan Universiti Islam Antarabangsa”
“Ada gambarnya? Cantikah orangnya?” Tanya Hajah Rabiatul sekali lagi.
“Tiada gambarnya. Matanya cantik”
“Mata? Maksud Dhwal?”
“Saya tak lihat dengan jelas wajahnya kerana dia memakai purdah”
“Lho, bagaimana si kamu ni. Mahu dijadikan isteri, rupanya kamu belum lihat, pasti latar belakangnya kamu tak pasti lagi”
“Tapi saya yakin bu, kali ini dialah orangnya. Ibu dan bapak tolong doain saya ya. Restuilah saya”
“Baiklah, bapak dan ibu tak kisah. Janji kamu bahagia dan mendapat rahmat daripadaNya. Kamu sudah solat istikharah?”
“Udah pak, udah berpuluh kali. Namun jawapannya tetap aja sama”
“Ya kalau kamu udah nekad, kami setuju-setuju aja”
Malam itu penuh dengan tanda tanya. Hati Dhwalan kian berbunga-bunga mekar menunggu saat-saat hari pernikahannya. Akhirnya kekasih dan permaisuri hatinya telah berjumpa, biar tidak tahu siapakah sebenarnya latar belakang puteri saudara Haji Sabran itu namun dia yakin, Husna berasal dari keluarga yang baik-baik. Biar ditumbuhi parut atau apa sekalipun pada wajah yang sering ditutupi dengan purdah, tidak dia endahkan. Semua itu kecantikan lahiriah.
Dhwalan tidak memandang rupa, dia ikhlas mencintai Husna, biar Husna sejelek mana tetap dia menerimanya kerana dia tulus mencintainya. Ya, memang benar kecantikan lahiriah kadangkala penting, tapi jika hati sudah tetawan pasti akan melepasi segalanya. Benar kata orang cinta itu buta, tiada pena setajam pen yang bercorak ayat-ayat cinta yang mekar ketika cinta sedang bertasbih pasti akan bergema seluruh alam menyambut dalam mihrab cinta, dan saat itulah akan pudarnya kasih celeopatra.
Hari yang dinanti sudah tiba, pada awal subuh hari berbahagia, Dhwalan sekali lagi meminta petunjuk kepada Allah s.w.t. supaya diberi petunjuk dan arah laluan yang mudah untuk dia menjalani liku-liku pernikahan. Haji Dijo dan Hajah Rabiatul turut meminta pertunjuk kepada Allah s.w.t. agar anak sulungnya mendapat jodoh yang soleh dan bertakwa. Ketika hati sedang berdebar-debar, mereka semua mendapat satu petunjuk. Jam 9.00 pagi, sudah terpacak Ridewan dan isterinya di hadapan rumah untuk mengiringi pernikahan Dhwalan.
Dalam perjalanan menuju ke rumah Haji Sabran, tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Ridewan tersasar dari destinasi yang sepatutnya. Dhwalan hairan dengan arah yang dipandu oleh Ridewan. Lalu dia bertanya kepada Ridewan.
“Mas, ini bukan jalan menuju ke rumah Haji Sabran. Kita mahu ke mana mas?”
Ridewan tidak menjawab, dia hanya tersenyum dan terus memandu kereta yang meluncur laju di atas jalan raya sehingga kereta itu berhenti di sebuah bangunan mewah. Amat indah mahligai itu, seperti istana. Di dalam inti rumah, terlihat dipenuhi dengan manusia yang sibuk melakukan sesuatu, seakan-akan seperti ada majils atau kenduri. Ramai yang hadir, siap berkhemah, dan berkerusi meja. Deretan kereta mewah yang terparkir di luar rumah jelas menandakan tuan empunya rumah dan tetamunya ini pasti orang kaya. Pelbagai desiran bermain dalam kotak fikiran Dhwalan. Perkara yang sama turut bermain-main dalam fikiran Haji Dijo dan Hajah Rabiatul.
Dhwalan terus tertanya-tanya, Ridewan lagi membisu dan tidak lagi menjawab soalan yang diajukan olehnya. Dalam pada itu, setelah sampai mereka keluar dari dalam kereta. Setiap mata pasti tidak lari dari melihat keindahan dan kebesaran rumah mewah. Dari tadi hatinya tertanya-tanya. Siapakah empunya rumah ini? Kenapa dia dibawa ke rumah itu?
“Wan, kamu ini biasa aja. Nanti kita telat, saya mahu lagi nikah ni. Ayolah” Ujar Dhwalan.
“Lho, kamu ni bisa aja Dhwal. Ikut aja langkahku, nanti kamu akan tahu semuanya.”
Tanpa banyak bicara, terus Dhwalan serta kedua orang tuanya melangkah masuk ke dalam rumah. Setelah melangkah masuk, hampir saja kepalanya terhempas ke lantai. Dia separa sedar, penglihatannya mulai gelap. Dia melihat ramai kelibat yang sedang menantinya.
“Kenapa kamu, Dhwal” Tanya Haji Haji Dijo.
“Saya sedikit pusing pak” Jawab Dhwal.
“Kamu tarik nafas panjang.” Jawab Haji Dijo.
“Ngomong-ngomong, ngapain sih kita ke mari? Emangnya ini rumah bakal isterimu?” Ujar Hajah Rabiatul.
“Bukan, tak. Entahlah bu, saya pun tak pasti”
“Dhwalan Sierenajo, sampai juga kamu. Sila ambil tempat kamu di posisi hadapan Khadi” Tiba-tiba suara Haji Sabra menerpa dari belakang. Dhwalan sedikit terperajat.
“Pak Haji, saya tak mengerti. Apa semua ini?”
“Kalau kamu benar-benar cintai puteri saudaraku, kau terimalah akad nikah ini. Demi Allah aku bermohon kepadamu”
Dhwalan binggung, kegelapan penglihatannya mulai reda kembali. Dia semakin keliru, tapi dalam benaknya dia pasti Haji Sabran bukan seorang yang memungkiri janjinya. Dia seorang yang menepati janji dan tidak akan menyakiti Dhwalan. Lalu diikut sahaja kata-kata Haji Sabran dan semua ini adalah keputusannya setelah beberapa kali solat istikharah.
30 minit kemudian, selesai sudah majlis akad nikah. Memang benar nama bakal isterinya disebut ketika mengakad nikah, Husnatul Fatimah Binti Datuk Haji Abdul Rahman. Di hadapannya kini ada seorang wanita, seorang wanita yang kini telah menjadi isterinya dunia akhirat. Husnatul Fatimah sudah menjadi isterinya, Dhwalan Sierenajo kini sudah bergelar suami. Namun, dia tidak lagi melihat sosok wajah isterinya yang tersembunyi di balik purdah.
“Ayo bukalah purdahmu di hadapan suamimu, kini kamu sah menjadi miliknya” Kata Haji Sabran.
Dhwalan hanya mampu tersenyum dan menanti melihat wajah isterinya. Haji Dijo dan Hajah Rabiatul juga tertanya-tanya.
“Iya Husna. Kami juga sah sebagai mertuamu. Kami terima kamu apa adanya, insyaAllah” Celah Hajah Rabiatul.
Setelah beberapa saat mendiamkan diri, lalu Husna menarik kain yang menutupi wajahnya. Diselak perlahan-lahan dengan lemah lembut. Sebaik melihat wajah itu, terus angin lembut menerpa bayu, mentari seolah-olah menyerlahkan cahayanya dengan terang menderang, kicauan burung seolah-olah bernyanyi, dan setiap mata yang memandang tertumpu pada balik purah itu.
Sekujur ruang tamu terpergun, terkaku seketika. Masa ketika itu terhenti dan tidak berdetik walau sesaat. Setiap bibir yang terukir senyuman pasti bertasbih dan berdesir kalimat Ilahi.
“Subhanallah...” Semua yang melihat dibalik purdah bertasbih memuji nama Ilahi.
Semua terkejut dan terperanjat dengan wajah sebenar Husna. Selama ini wajahnya disembunyikan dari penglihatan orang ramai. Setelah bersuami, dia wajib menunjukkan wajah sebenarnya terutama kepada suami dan keluarga sebelah suaminya. Haji Sabran dan isterinya hanya tersenyum.
“Bagaimana dengan anak saudaraku?” Tanya Haji Sabran kepada Dhwalan.
“Subhanallah, hanya itu yang bisa terucap pak haji. Saya tak pernah melihat wanita secantik dia. Subhanallah, terima kasih ya Tuhan” Jawab Dhwalan sambil tangannya menadah kepada Ilahi.
Setelah itu, Husna memakai kembali purdahnya. Semua yang terkejut kemudiannya tersenyum. Haji Dijo, Hajah Rabiatul, Ridewan dan isterinya tersenyum lebar. Dhwalan hanya tersenyum sambil menitiskan air mata. Bukan rupa yang diharapkan tetapi hatinya yang tulus untuk bernikah dengan Husna.
Husna seperti bidadari yang menyinar dalam hidupnya. Dhwalan akhirnya bersujud syukur, lalu memeluk isterinya. Tangisan kebahagian mengiringi mereka. Benar kata orang, cinta itu buta. Tidak hairanlah jika melihat pasangan yang jelas-jelas tidak secocok berjodohan, kerana cinta itu tidak bisa melihat, sebaliknya cinta bisa merasa walaupun tidak melihatnya. Kecantikan luar biasa yang dimiliki oleh Husna adalah satu bonus dalam pernikahannya dengan Dhwalan.
Husna menceritakan kisah dan asal usulnya yang sebenar. Dia adalah perwaris tunggal anak kepada perusahaan yang terkenal dan paling berjaya yang berpusat di Kuala Lumpur. Segala urusan syarikat dikendalikan oleh Pak Longnya. Rumah banglo yang dilihatnya yang menjadi saksi majlis pernikahan mereka itu salah satu aset harta peninggalan arwah kedua orang tuanya. Setelah kematian Datuk Haji Abdul Rahman dan Datin Hajah Sofea Habsah, Husna dibela oleh Haji Sabran dan didik seperti anak mereka sendiri. Dia dijaga dengan penuh kasih sayang dan didikan agama. Segala urusan syarikat dan hartanya pula diuruskan oleh Pak Longnya, Datuk Zainal Zainuddin. Semuanya telah diceritakan oleh Husna sendiri di hadapan suaminya, dan keluarga mertuanya.
Dhwalan hanya mampu tersenyum, dia separa ketawa dan tidak mampu berkata apa-apa. Seluruh dayanya telah hilang sebaik debaran hatinya tidak lagi berdesir sewaktu mula-mula menjejakan kaki ke rumah bunglo itu. Dia mula sedar, dia kini telah bergelar seorang suami dan pelbagai tanggungjawab perlu dipikul. Tanggungjawab kepada isterinya dan kepada kedua orang tuanya. Dhwalan bangkit, lalu mendekat ke arah Husna lalu mengucup dahi isterinya dengan kalimat “Alhamdulillah”. Lalu dengan lirih dia berkata.
“Terima kasih kerana menerima saya dalam kehidupan awak” Ujar Dhwalan.
“Sama-sama kasih.” Balas Husna.
Semua yang saksikan saat indah itu ada yang tersenyum, ada yang menitiskan air mata kegembiraan dan ada yang mengucap syukur kepada Ilahi. Dari saat perkenalan yang ditermeterai dalam majlis taaruf, telah mengikat hati dua pasangan yang dijodohkan oleh Ilahi seperti Ratu Balqis pertama kali berjumpa dengan Nabi Sulaiman a.s, setelah terlihatnya kejujuran Nabi Muhammad s.a.w oleh Siti Khatijah. Setelah mata bertentang mata, setelah hati berdesir kata cinta, setelah istikharah memberi jawapan, setelah cinta lagi bertasbih, saat itulah cinta mula bersemi. Dengan senyuman dan harapan kebahagiaan yang menggunung, semuanya mengucap syukur.