Friday, November 20, 2009

Persis Bidasari 7

“Dinda, cepatlah siap-siap tetamu kita sebentar lagi sampai ni” Kata Raja Farouk kepada Raja Sofea.


“Sebentar kanda, saya mahu betulkan tudung. Kanda turun dulu, nanti dinda menyusul” Jawab Raja Sofea.


Raja Farouk keluar dari kamar dan menuruni tangga. Di ruang tamu, ada kelibat anak-anak dan menantu mereka. Cucu-cucunya sedang bermain kejar-mengejar di taman. Raja Farouk tersenyum girang dengan bertandangnya Dato Ramlee dan Datin Ramlah ke rumah mereka. Segala usahasama selama hampir 10 tahun dengan syarikat Nutra Jaya Sdn. Bhd akhirnya hampir berjaya. Itulah impiannya sejak berkenalan dengan Dato Ramlee. Tetapi ingin dijodohkan ketika itu usia Tahir baru belasan tahun. Begitu juga dengan usia Wanda.


Setelah diperkirakan semuanya, Raja Farouk sebulat hati ingin menikahkan Tahir dengan Wanda. Mahu tidak mahu, Tahir terpaksa mengikut kata-kata Raja Farouk. Dari peristiwa itulah berlakunya pergaduhan besar antara Raja Farouk dengan anak bongsunya. Tahir terus membawa diri sehingga ke negeri orang. Raja Farouk yakin, Tahir akan kembali ke mahligainya kerana dia mempunyai satu macam cara untuk memujuk Tahir supaya bersetuju mengahwini Wanda.


“Dah pukul berapa sekarang ni Khadir?” Tanya Raja Farouk sebaik menuruni anak tangga.


“Dah pukul 11 pagi ayahanda” Jawabnya ringkas. Isterinya, Habibah anak kepada Tan Sri Hashim hanya berdiam diri dan mencebikkan mukanya. Nasibnya sama seperti nasib isteri Raja Haidir, Radwah yang dikahwinkan atas urusan perniagaan.


Dalam permulaan perkahwinan, keadaan Raja Khadir dan Raja Haidir dengan isteri mereka agak goyah. Masing-masing membuat halnya sendiri. Tetapi, benar kata orang, masa akan menjadi penyelesaiannya. Perasaan cinta akhirnya dipupuk dan dibelai, Habibah dan Radwah akhirnya benar-benar mencintai suami mereka setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Raja Khadir dan Raja Haidir lengkap pakejnya sebagai seorang lelaki idaman dan seorang suami yang mithali. Mereka tidak kurang hebatnya seperti adik bongsunya, Tahir. Ketiga-tiga anak Raja Sofea sememangnya kacak, tinggi, berhidung mancung, berpewatakan menarik, alim, baik dan pokoknya semuanya hampir sempurna. Tidak hairanlah jika Wanda jatuh cinta pandangan pertama terhadap Tahir.


“Lambatnya mereka sampai. Mereka ada cakap mereka datang jam berapa?” Sambung Raja Farouk.


Raja Khadir dan Raja Haidir hanya menggelengkan kepalanya. Acap kali Raja Farouk melihat jam di dinding ruang tamu. Mendung kerisauan mula berlabuh menyelinap masuk ke wajah Raja Farouk.


“Ayahanda sabarlah, nanti mereka sampai juga. Perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, bukannya sama dengan dari sini ke Kajang.” Jelas Raja Haidir.


“Betul juga kata-kata kamu tu.”


“Sekarang, ayahanda relaks dan cuba duduk dulu. Nanti kalau sampai, sampailah mereka tu.” Sambung Raja Haidir.


Raja Farouk duduk di atas sofa bersama-sama dengan anak dan menantunya. Kalau dan berjumpa dengan anak-anaknya, Raja Farouk pasti tidak akan lepas dari topik perbincangan tentang syarikatnya. Itulah Raja Farouk, walau di rumah, pasti akan ada mesyuarat kecil dengan anak-anaknya.


“Dah alang-alang kita ada bersama ni, ayahanda mahu cakap pasal kerja usahasama dengan syarikat Seong Yung daripada Korea Selatan”


“Apa cerita ayahanda? Tak silap Haidir, baru 2 hari lepas delegasi tu datang dan berbincang dengan ayahanda.”


“Mereka setuju untuk berurusan dengan syarikat kita, asalkan kita memenuhi syarat-syaratnya.”


“Apa syarat-syaratnya ayahanda?” Tanya Raja Khadir.


“Mereka mahu kita menghantar beberapa orang wakil ke sana untuk mengkaji permasalahan yang dihadapi oleh syarikat itu. Lepas tu mereka juga ingin kita berkongsi idea dan pendapat dengan mereka”


“Bagus tu ayahanda. Lagi pula teknologi Korea kan lebih maju daripada kita. Kita bolehlah menggunakan teknologi mereka dalam syarikat kita, lebih-lebih lagi mesin kilang yang sering rosak. Ini bukan apa, sebagai perintis. Kita belajar daripada mereka, lepas tu kita aplikasikan dan perbaruinya sendiri” Usul Raja Khadir.


“Betul juga kata-kata anakanda itu. Nanti ayahanda akan fikirkan”


Sedang leka berbual, Raja Sofea mula turun menuruni tangga. Di melihat anak dan suminya sedang leka berbincangan mengenai syarikat di rumah. Sudah berkali, Raja Sofea mencegah suaminya jika urusan syarikat tidak boleh dibawa ke rumah. Nanti akan menjadi urusan keluarga pula.


Langkah Raja Sofea menuruni anak tangga tiba-tiba terhenti. Dia mula memerhati ke luar jendela kaca yang tepat berada di hadapan cermin. Matanya mula mengintai ke luar jendela itu. Sebuah kereta dengan masuk ke pintu utamanya dan mula memakir kenderaannya di hadapan rumahnya.


“Mungkin mereka sudah sampai” Benak Sofea.


Lalu, Raja Sofea terus menuruni anak tangga. Di hadapannya berlalu Jamaliah yang menuju ke ruang tamu.


“Tuan, tetamunya udah sampai” Ujar Jamaliah.


Raja Farouk, serta anak dan menantunya terus bangkit menuju ke muka pintu untuk menyambut kedatangan Dato Ramlee dan Datin Ramlah. Raja Sofea hanya membuntuti langkah suaminya. Hati Raja Sofea mula gusar dan suram. Matanya kadangkala melihat wajah Raja Khadir dan Raja Haidir. Kedua anaknya itu sedar dengan wajah mendung bondanya.


“Bonda, janganlah tunjukkan muka masam macam tu?” Ujar Raja Khadir.


“Bonda, senyumlah. Nanti kalau tetamu perasan macam mana?” Kata Raja Haidir.


“Baiklah bonda cuba senyum. Tapi hati bonda memang tak tenang.”


“Anakanda berdua faham perasaan bonda.” Kata Raja Haidir.


Lalu disambut mesra kedatangan tetamu itu dengan senyuman seakan-akan dibuat. Terlihat 3 kelibat yang keluar dari kereta mewah itu. Dato Ramlee dan isterinya, Datin Ramlah serta anakanya Wanda. Dengan senyuman juga mereka menyambut Raja Farouk dan keluarga.


* * *


Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 3 petang, setelah selesai berbual panjang, makan tengah hari dan bersolat jemaah sama-sama. Mereka semula kembali ke rumah tamu untuk meneruskan agenda yang tergendala dek kerana azan Zuhur. Raja Sofea duduk di sebelah suaminya, manakala Dato Ramlee juga duduk di sebelah Datin Ramlah. Wanda sedang keluar mengambil angin di taman bersama-sama dengan Habibah dan Radwah. Mereka melihat Alleya, Ikram dan Kamal sedang bermain di dalam taman. Sikap Wanda yang bersahaja dan berterus terang membuatkan Habibah dan Radwah senang diajak berbicara.


“Wanda nak tanya pada akak berdua boleh?”


“Tanyalah Wanda selagi kami boleh menjawabnya” Ujar Habibah.


“Apa pendapat akak tentang Raja Tahir”


Habibah dan Radwah tersenyum dan saling berpandangan antara satu sama lain. mereka hanya berpandangan beberapa ketika dan setelah itu kembali semula kepada persoalan yang diajukan oleh Wanda.


“Emmm...Adinda Tahir ya? Bagi kak Bib, dia seorang yang baik, berbudi bahasa, penyabar, tampan, boleh dikatakan almost perfectlah” Ujar Habibah.


“Betul tu. Kak Ad pun rasa benda yang sama. Dia memang seorang penyabar. Dahulu kelakuan kami memang sangat di luar batasan. Kami suka berfoya-foya bersama teman-teman tatkala suami keluar bekerja, hubungan akak berdua dengan bonda pada mulanya tidak rapat. Tapi disebabkan Tahirlah baru kami boleh bertentang mata dengan bonda. Tapi itu cerita lama. Pendek kata, dia calon suami terbaik. Suami akak berdua pun baik juga. Mereka bertiga memang di asuh oleh bonda dengan penuh adab dan ilmu agama yang tinggi. Itulah Khadir, Haidir dan Tahir.” Penjelasan yang panjang oleh Radwah.


Wanda hanya tersenyum kaku. Dia mula menyembunyikan senyumannya dibalik wajah yang sangat ayu. Namun dibalik apa yang disembunyikan itu jelas kegembiraan yang terpancar pada wajah Wanda. Dia sedar pilihan orang tuanya tidak salah, jika dinikahkan sekarang dengan Tahir, akan dia penuhi permintaan itu dengan rela hati.


Ceritanya berlainan pula di dalam rumah, pertengangan mula berlaku sebaik sahaja Dato Ramlee bertanyakan kelibat Tahir. Terkumat-kamit Raja Khadir dan Raja Haidir ingin menjawabnya. Raja Sofea hanya dia kaku. Dato Ramlee dan Datin Ramlah mula binggung, lalu soalan itu diajukan kepada Raja Farouk. Dengan tenang, Raja Farouk memberikan keterangan yang palsu.


“Saya memang nak bagitahu tadi, anak bongsu saya sekarang tiada di Malaysia. Ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Katanya, ada majlis perkahwinan rakannya sewaktu belajar di Amerika Syarikat dahulu.” Penipuan yang dibuat oleh Raja Farouk. Raja Sofea, Raja Khadir dan Raja Haidir tidak terkata apa-apa. Mereka hanya diam dan mendegar penipuan yang dibuat oleh Raja Farouk.


“Majlis perkawinan? Di mana?” Tanya Datin Ramlah.


“Di Jepun. Semua rakan-rakannya diwajibkan hadir. Termasuk dari India, Amerika Syarikat, Australia dan Singapura. Biasalah, budak-budak. Nanti bila anak kita kahwin pun mereka akan datang juga ke sini” Balas Raja Farouk. Kata-kata Raja Farouk itu benar-benar membuatkan Dato Ramlee dan dan Datin Ramlah percaya lalu ketawa bersama-sama.


“Nanti bila Raja Tahir pulang ke Malaysia, bagitahu saya. Saya mahu dia berkenalan dengan lebih rapat dengan Wanda sebelum mereka diijabkabulkan.” Ujar Datin Ramlah.


“Saya faham tu. Akan saya bagithu seberapa segera.” Jawab Raja Farouk sambil tersenyum.


“Setelah ini, Dato dan Datin nak pergi ke mana? Saya dengar cerita Dato ada persidangan di Langkawi selama 3 hari.” Soal Raja Haidir.


“Ya saya, saya ada persidangan di sana. Raja Farouk juga diundang, awak pergi Raja Farouk?”


“Saya ada banyak urusan di sini. Tapi demi awak Dato Ramlee, saya akan pergi. Lagi pula apa guna ada anak-anak yang pandai menguruskan syarikat seperti mereka berdua ni.” Balas Raja Farouk.


Mereka semua bergelak sakan. Dalam masa yang sama, datin sofea cuba untuk mencari alasan untuk tidak pergi ke persidangan itu. Dia sudah ada perancangan lain. Fikirannya buntu sekali untuk memberi alasan apa. Sukar untuknya menipu.


“Awak ikut sekali tak Raja Sofea?” Tanya Datin Ramlah.


“Aaaa...saya..saya...”


“Awak ada urusan lain ke?” Tanya Raja Farouk.


“Saya...saya...”


“Bonda, bonda sudah lupa ke?” Tanya Habibah yang tiba-tiba muncul bersama-sama dengan Radwah dan Wanda.


“Aaa..” Raja Sofea keliru.


“Bonda cepat sangat lupa. Kan esok kita ada perjumpaan dengan persatuan. Bonda sendiri yang jadi pengerusinya. Bonda dah lupalah tu” Habibah mula menjelaskannya.


“Persatuan? Pengerusi?” Bisik Raja Sofea kehairanan. Lalu dia melihat kembali ke arah menantu sulungnya itu, satu kenyitan mata Habibah membuatkan Raja Sofea mengerti bahawa itu adalah satu penipuan.

Lalu Raja Sofea gelak seorang diri.


“Ya Allah, saya lupa. Saya ada perjumpaan dengan persatuan. Patutlah saya berfikir macam ada aktiviti tapi saya tak pasti apakah dia?” Jelas Raja Sofea terpaksa.


“Ooo..tak apa. Persatuan lagi penting. Saya di JB pun ada persatuan juga. Kadang-kadang persatuan lagi penting daripada suami” Kata Datin Ramlah itu membuatkan semua yang ada tertawa.


Lama juga mereka berbual, Raja Farouk meminta Dato Ramlee dan Datin Ramlah supaya bermalam di rumahnya, tetapi mereka enggan. Katanya ingin bermalam di Villa milik keluarganya. Tanpa ingin memaksa, Raja Farouk akhirnya akur.


* * *


Keesokannya, beberapa jam setelah Raja Farouk keluar dari rumah bersam-sama dengan Dato Ramlee dan Datin Ramlah, Raja Sofea membuat satu rancangan. Dia memanggil kedua anakandanya bersama-sama dengan menantunya datang ke rumah.


“Ada apa bonda meminta anakanda semua datang dengan seberapa segera? Ada apa-apa yang berlaku ke?” Tanya Raja Haidir.


“Tidak lah, Bonda ingin bergi ke JB”


“Apa? JB? Untuk apa?” Tanya Khadir.


“Awak ni macam tak tahu pulak, bonda nak jumpa dengan Tahir la. Siapa lagi?” Jawab Habibah.


“Awak tahu semua rancangan bonda? Patutlah awak bela bonda semalam” Balas Raja Khadir.


“Terima kasih Habibah. Bonda semalam kelu tak terkata, nasib baik ada Habibah.” Ujar Raja Sofea. Habibah dan Radwah hanya mampu tersenyum.


“Baiklah, bonda boleh pergi ke JB, tapi saya ikut bonda.” Balas Raja Haidir.


“Tak payah, kamu pergi uruskan syarikat dengan kanda kamu. Nanti kalau tiada siapa di syarikat, tak mengamuk ayahanda kamu. Nanti dia dapat tahu bonda ke JB” Ujar Raja Sofea.


“Tapi bonda nak pergi dengan siapa?” Tanya Raja Khadir.


“Hai, kanda. Apa guna bonda ada dua orang menantu yang cantik-cantik ni. Betul tak Radwah?”


“Tahu tak apa” Balas Radwah ringkas.


Raja Sofea hanya tersenyum melihat gelagak menantunya yang semakin disukainya. Dia tidak percaya, keras batu akhirnya terhakis juga. Ternyata menantunya baik dan senang bergaul. Hanya Raja Sofea yang tidak dapat menyelinap di sebalik kebaikannya.


Setelah berbincang, Raja Sofea dan kedua-dua orang menantunya terus beredar dan mengemas pakaian. Dia kena bersiap-siap dan mencari Tahir dalam masa 2 hingga tiga hari. Persindangan di Langkawi hanya mengambil masa 3 hari, untuk mengambil hati dati ramlee, Raja Farouk terpaksa menunggu hingga akhir persidangan itu.


Segala barang sudah disiapkan, Raja Sofea serta dua menantunya bertolak ke Johor Bahru dengan bertemankan kereta yang dipandu Habibah. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru mengambil masa selama 3 jam lebih. Raja Sofea sudah menempah Hotel Pan Pasifik yang terletak di Bandaraya Johor Bahru sebelum bertolak. Sesampai sahaja di Johor Bahru. Mereka bersolat, makan, dan mandi. Setelah selesai semuanya, Rajo sofea menelefon Tahir. Dia meminta alamat tempat tinggal Tahir. Setelah dibertahu tentang keberadaan bondanya di Johor Bahru, Tahir terus gembir kerana bondanya telah mengotakan janji-janjinya. Tahir tidak benarkan bonda serta kedua-dua iparnya pergi ke rumah Pak Abu dan Mak Jah, tetapi sebaliknya Tahir sendiri yang akan pergi ke hotel.


“Hello, Tahir..Tahir...”


“Kenapa bonda?” Tanya Habibah.


“Kenapa dengan adinda kamu ni. Kita nak pergi ke sana dia tak kasi, ada sesuatu yang cuba disembunyikan.” Balas Raja Sofea.


“Ala, apa susah. Nanti bila dia dah ada depan mata, bonda boleh tanya seberapa banyak soalan kepada Tahir.” Celah Radwah.


Raja Sofea terus tidak berfikir panjang dan terus duduk di atas kalit empuk sambil menunggu panggilan daripada anaknya. Hatinya sentiasa berdegup kencang dan seribu tanda tanya sering berkias tidak terperi. Dia khuatir jika anak kesayangannya cuba menyimpan rahsia disebaliknya. Dari kecil hingga dewasa, Tahir adalah anak yang sering meluahkan perasaan dan rahsianya kepada Raja Sofea. Raja Sofealah yang banyak membantu dalam kehidupan Tahir.


Tetapi semua itu, dia abaikan. Akan dihujankan pelbagai soalan jika mata sudah bertentangan. Radwah terus bersolat asar, Habibah pula baru sahaja memasuki bilik air untuk mandi. Penantian yang lama, membuatkan Raja Sofea terlelap seketika.


“Bonda, bonda” Kejutan Habiba membuatkan Raja Sofea terjaga dari lenanya.


“Kenapa anakanda?”


“Tahir telefon” Habibah menghulurkan telefon kepada Raja Sofea.


“Hello anakanda. Anakanda ada di mana sekarang?”


“Anakanda ada di lobi hotel. Apa nombor kamar bonda? Anakanda naik sekarang”


“Anakanda naiklah, bonda tunggu. Ni nombor kamarnya 304”


Beberapa minit kemudian, pintu kamar diketuk. Radwah yang berdekatan dengan pintu terus mencelah dan mengintai dari lubang pintu. Setelah yakin itu adalah Tahir, pintu dibuka.


“Bonda...”


“Anakanda Tahir.”


Anak beranak itu saling berpelukan. Tidak pernah Tahir berhilang kabar daripada bondanya. Raja Sofea memeluk erat anak kesayangannya yang sudah mencecah 23 tahun. Ada tikanya, tanpa menahan sebak, air mata Raja Sofea menitik setitis demi setitis.


“Kenapa anakanda semakin kurus?”


“Mungkin anakanda kurang kasih sayang?”


Kata-kata itu membuatkan Raja Sofea sedikit tersenyum. Setelah lama berpelukan, di tarik tangan Tahir dan didudukan Tahir di atas kerusi. Saat itulah Raja Sofea terus mencungkil rahasia yang cuba disembunyikan oleh Tahir.satu-persatu soalan cuba diutarakan dengan jelas.


“Kenapa Tahir tak nak bonda datang ke rumah orang yang menjaga Tahir?”


“Anakanda minta maaf bonda. Anakanda tak bersedia lagi. Anakanda tak jelaskan asal usul anakanda yang sebenarnya kepada Mak Jah dan Pak Abu. Mereka tak tahu yang anakanda ini adalah keturunan di raja dan anak orang paling berpengaruh. Jika mereka tahu, nanti anakanda takut keakraban kami akan mula rengang”


“Macam itu ke? Kalau begitu baru bonda faham. Tapi bolehkah bonda berjumpa dengan mereka sekadar untuk bertegur sapa”


“Boleh, tapi dengan satu syarat?”


“Apa syaratnya?”


Tahir hanya tersenyum sambil memandang wajah bonda serta dua kekanda iparnya.

1 comment: