Wednesday, November 11, 2009

Persis Bidasari 1


Malam itu hujan turun dengan lebat, tidak seperti hari-hari sebelumnya. Malam dingin dan kilat sambar menyambar mengerunkan suasana. Pak Abu dan isterinya Mak Jah duduk berdiam diri di dalam rumah dengan wajah yang ketakutan. Pancaran kilat kadang kala memberikan sedikit kejutan kepada mereka berdua.


Dalam hujan dan keriuhan deraian air hujan yang bertubi-tubi jatuh ke bumi, Terdengar satu tangisan yang kuat dari luar muka pintu. Pak Abu cuba memberanikan diri untuk melihat keadaan di luar. Suara yang didengar juga turut di dengar oleh Mak Jah, mereka berdua bergerak ke muka pintu dan mula meneliti tangisan itu semula. Ternyata, tangisan yang didengar tadi benar-benar wujud. Pak Abu mengambil kunci pintu dan membuka pintu yang dikuncinya tadi.


Alangkah terperanjatnya apabila tagisan yang didengar itu adalah tangisan bayi yang comel dan masih lagi dalma hari dibiarkan kesejukkan dalam hujan. Mak Jah juga terperanjat sebaik melihat bayi comel yang berada di dalam bakul rotan diselimuti dengan kain putih yang empuk. Lalu Mak Jah mengambil bayi tersebut dan mendukungnya.


”Comelnya bayi ini bang, manis aja wajahnya” Ujar Mak Jah dengan senyuman yang lebar. Pak Abu melihat bayi yang didukung oleh isterinya lalu dia melihat bakul rotan itu.


”Eh, apa tu” Pak Abu terus mencangkung dan mengambil satu bungkusan air putih yang ada di dalam bakul rotan tersebut.


”Apa tu bang?”


”Entah, saya pun tak tahu” Pak Aku mula keliru dan berasa hairan. Lalu dia membelek air putih yang dijumpainya.


”Jah, ada ikan dalam bungkusan ni. Ikan emas, kecik aja. Tapi kenapa ikan ni bersama dengan bayi ni?” Tanya Pak Abu yang semakin binggung.


”Entahlah bang, saya pun tak tahu. Tak apalah bang, kita bawa bayi ni masuk dulu. Kat luar ni sejuk, kesian dia kesejukan”


Pak Abu dan Mak Jah membawa masuk ke dalam rumahnya dan mula bercerita sesama sendiri. Anak ikan yang turut bersama dengan bayi itu juga dibincangkan. Mereka saling kehairanan. Setelah membawa masuk, palstik yang berisi ikan tersebut bocor dan mulai menitis airnya. Pak Abu berlari ke dapur dan meletakkan bungkusan air itu di dalam singki dan dibiarkan sahaja dan seterusnya menuju semula ke arah isterinya yang sedang mengelap badan bayi tersebut yang dalam ke basahan.


”Kenapa abang?” Tanya Mak Jah sebaik sahaja keliru suaminya berlari-lari anak menuju ke dapur.


”Air plastik tadi bocor, abang letak kat singki tadi” Balas Pak Aku.


Dalam beberapa saat, bayi yang comel dan matanya yang bulat kadang kala menguntumkan senyuman tiba-tiba kaku seperti mayat dan tidak bergerak. Malah mata yang terbuka tadi terkatup serapat-rapatnya.


”Abang kenapa dengan bayi ni abang?” Mak Jah panik sebaik sahaja bayi yang didukungnya berhenti bernafas.

Pak Abu turut panik dan memeriksa keadaan bayi itu. Dia merasakan bayi itu dengan tangan dna denyutan nadi bayi itu.


”Jah, bayi ni dah meninggal dunia”


”Mustahil abang, dia tadi tersenyum ke arah Jah. Macam mana kita nak buat ni?”


”Jah, kita mesti terima ketentuan ilahi. Abang pun keliru kenapa bayi ni tiba-tiba tidak benryawa” Pak Abu turut berduka cita dengan perkara yang menimpa bayi tersebut.


Mak Jah meletakkan bayi tersebut di atas lantai yang dialas dengan kain tebal. Dibaringkan dan ditutup bayi tersebut dengan kain putih. Mak Jah jelas menampakan kesedihannya walaupun baru sahaja berjumpa dengan bayi tersebut akhirnya akan berpisah. Dia yang menginginkan seorang anak walaupun telah berkahwin hampir 10 tahun, kini berkecai apabila bayi yang dijumpainya dan ingin dijadikan sebagai anak angkat akhirnya telah meninggal dunia.


Pak Abu juga bersedih dengan hal yang menimpa bayi tersebut lalu dia menuju semula ke dapur untuk mengambil segelas air untuk isterinya sebagai penenang kesedihan. Pak Aku mengintai ikan emas yang diletakkan di dalam singki.


”Hai ikan, nasibmu sama dengan nasib bayi itu,telah tidak bernyawa. Kalaulah bayi itu masih hidup lagi, akan aku tatang bagai minyak yang penuh” Pak Abu berbicara seorang diri dalam kesedihan.


Dia mengambil cerek dan mengisi air pada singki. Titisan air yang melimpah ruah pada singki membuatkan air tersebut terkena pada ikan. Pak Abu menyangkakan ikan itu telah mati, tetapi sebaik sahaja dia melihat ikan itu terkena air, ia seolah-olah mati hiudp kembali.


“Masya-Allah ini, aku lupa. Ikan tidak boleh hidup tanpa air” Pak Abu mengambil mangkuk dan diisinya dengan air putih, kemudiannya dimasukkan ikan emas tersebut kedalam mangkuk tersebut. Lalu berenang pantas ikan itu dan hidup kembali.


”Abang...abang...” Jerit kecil Mak Jah membuatkan Pak Abu terperanjat danberlari-lari anak menuju ke arah isterinya.


”Ada apa Jah?” Tanya Pak Abu sedikit semput.


”Abang tengok bayi ni! Bayi ni hidup lagi abang. Dia hidup lagi” Girang dan suka suara Mak Jah membuatkan Pak Abu keliru.


”Mustahil yang tadinya sudah kaku dan tidak bernyawa kini kembali bernafas. Mustahil.” Benak Pak Abu kehairanan”


Lalu Pak Abu teringat dengan keadaan ikan yang tidak boleh hidup tanpa air. Dia membuat uji kaji dan ujian terhadap ikan itu untuk melihat tindak balas yang diterima oleh bayi. Pak Abu mengambil ikan yang di masukkan ke dalam mangkuk dan diletakkan di atas tapak tangan. Dia meneliti keadaan bayi itu, ternyata bayi itu kaku seperti sebelumnya dengan mata dan nafas yang mati.


Pak Abu mula yakin dengan uji kajinya itu. Dia merasakan bayi itu ada kaitannya dengan ikan diletaknya. Mak Jah mula keliru dengan tindakan suaminya. Dia mula menimbulkan banyak tanda tanya. Kemudian, Pak Abu meletakkan semula ikan itu ke dalam mangkuk dan berenang bebas ikan tersebut. Dengan sekelip mata, bayi tersebut mula bernyawa dan mengerdipkan matanya yang comel.


”Mungkinkah!!!” Pak Abu mula membuat kesimpulan.


”Mungkin apa abang?” Tanya Mak Jah keliru.


Pak Abu menceritakan hasil daripada tindakan yang dilakukan terhadap ikan dan bayi tersebut. Mak Jah pada mulanya tidak percaya. Tetapi apabila dilakukan semula terhadap ikan itu, baru Mak Jah yakin dengan kata-kata Pak Abu. Mereka berdua mula keliru dan hairan mana mungkin manusia bernyawakan ikan. Itulah yang membuatkan mereka berdua berfikir panjang.


”Kalau macam tu abang, bayi ini bernyawakan ikan lah ek?” Tanya Mak Jah dengan yakin. Pak Abu mengangguk-anggukkan kepalanya.


”sekarang baru saya faham, tapi tak apa saya tak kisah semua tu. yang penting sekarang saya nak ambil bayi ni jadi anak angkat kita. Boleh ya abang?” Mak Jah dengan nada mengharap.


”tapi kita tak tahu siapa orang tuanya dan dimana asalnya? Silap-silap hari bulan ada yang menuntut, yang merananya kita” jelas Pak Abu.


Mak Jah mula memuncungkan bibirnya. Walaupun sudah berusia lewat 40-an kelakuannya seperti kanak-kanak dan suka bermanja-manja dengan suaminya.


”panjangnya muncung isteri abang ni, dah boleh buat tempat sangkut baju. Baiklah kita ambil bayi ni sebagai anak angkat” kata-kata Pak Abu benar-benar membuatkan Mak Jah gembira dan tersenyum girang.


Pak Abu mula menyelak bakul rotan yang bersama dengan bayi tersebut dan melihat jika ada apa-apa maklumat tentang bayi tersebut. Lalu dia menyelak sehelai demi sehelai kain tebal itu. Dihelaian yang terakhir, Pak Abu menjumpai sepucuk surat dan satu palstik yang berisi rantai. Pak Abu membuka surat itu lalu membacanya.



Assalamualaikum...

Kepada yang sudi membaca surat saya ini, saya yakin pasti bersama dengan anda adalah seorang bayi perempuan dan disebelahnya seekon ikan emas. Saya adalah ibu kepada bayi tersebut. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa saya meletakkan bayi itu dihadpaan rumah anda, mungkin ini adalah hasil daripada doa anda yang menginginkan bayi setelah sekian lama mendirikan rumah tangga. Bayi ini dilahirkan secara halal dan mempunyai ibu dan ayah yang sah. Saya terpaksa memberikan bayi ini kepada anda kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Bersama dengan surat ini, saya sertakan sijil lahir bayi tersebut. Tolong jaga bayi itu seperti anak anda sendiri. Terima kasih.

Waalaikumusalam



Pak Abu membuka sijil yang disertakan bayi tersebut lalu membaca maklumat yang tertera dalam sijil tersebut.


”Puteri NurQaisarah, Lahir pada 5 Ogos 1992, bayi ni dalam hari lagi lah ni.”


”Sedapnya, abang kita ambil bayi ni sebagai anak angkat kita ek? Boleh la abang” Rujuk manja Mak Jah. Pak Abu tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya.


”Baiklah kita akan menjaga dia. Mulai daripada hari ini kita akan memanggil dia dengan nama Qaisarah” Ujar Pak Abu.


”saya setuju aja. Yang penting kita kena jaga juga ikan tu, sebab ikan tu adalah nyawa Qaisarah.”


”Ya saya tahu”


Puteri Nur Qaisarah dijaga dan dibela dengan eloknya oleh Pak Abu dan Mak Jah yang sememangnya menginginkan kehadiran seorang cahaya mata setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga. Kehidupan mereka semakin bahagia dan berseri dengan kehadiran Puter Qaisarah.


* * *


Siang malam Pak Abu mencari nafkah dengan membawa teksi dan berjalan disekitar bandaraya kuala lumpur. Dia harus bekerja keras dan mencari duit lebih kerana sekarang dia harus menanggung Qaisarah. Qaisarah memerlukan pakaian, susu dan peralatan mainan untuk bermain.


Apa tidaknya, sudah hampir 10 tahun mendambakan seorang anak, kini doa itu telah termakbul dan dia harus menjaga anaknya itu dengan sepenuh kasih sayang. Sehari selepas dia dan isterinya Mak Jah membela Qaisarah, Pak Abu telah mendapat rezeki membawa 4 orang pelancong dari Australia dan membawa mereka bersiar-siar sekeliling pusat bandaraya kuala Lumpur. Pak Abu diberikan bayaran yang agak lumayan, malah bayaran itu berlipat kali ganda daripada gajinya sebulan. Inilah dikatakan rezeki anak-anak. Pak Abu semakin yakin, Qaisarah banyak memberikan rezeki kepadanya dan isterinya.


Pada satu malam jumaat, saat Pak Abu menghantar seorang pelangganya ke salah sebuah hotel, dia melihat satu kejadian pergaduhan. Pak Abu dengan keringat yang semakin tua cuba keluar dan melawan dan meleraikan pergaduhan itu. Namun salah seorang dariapada lelaki muda telah memukul dan menumbuk ke arah muka Pak Abu sehingga marah. Ini membuatkan Pak Abu naik berang dan mengeluarkan jurus silatnya yang telah dia belajar sejak zaman mudanya.


Habis tumbang satu persatu dia kalahkan dan pergaduhan itu dalam dileraikan. Pak Abu hanya melawan kepada yang mengganas dan dia tidak tahu siapa yang benar dan yang salah. Akhirnya, golongan pemuda yang mengganas dan membuat kekecohan itu berlari lintang pukang dalam kesakitan.


“Terima kasih, kalau tak disebabkan awak, mungkin saya akan dibelasah dengan terus oleh mereka. Saya perkenalkan, nama saya Dato Ramlee bin Awang” Ujar Dato Ramlee. Seorang lelaki kaya yang berdiri terpaku di hadapan kereta BMW mewahnya.


“Sama-sama, kebetulan saya berjalan dan menumpangkan pelanggan saya di sini. Saya Abu Bakar” Balas Pak Abu.


“pelanggan? Awak ni pemandu teksi ke?” Tanya Dato Ramlee sekali lagi.


“Ya saya, saya pemandu teksi yang tidak bertauliah. Hanya mencari makan sesuap nasi untuk anak bini di rumah” Balas sopan Pak Abu dengan nada yang agak merendah diri.


“kebetulan, sekarang ni saya memerlukan seorang pemandu. Pemandu saya baru semalam berhenti kerja, katanya mahu pulang ke kampung dan bercucuk tanam di sana. Selalunya saya ditemankan pemandu saya, tapi malam ni saya memandu seorang diri, tak sangka akan berlaku macam ni. Apa kata, saya tawarkan awak menjadi pemandu saya, awak nak tak?” Dato Ramlee meminta dan meyakinkan Pak Abu.


”tapi saya kena minta izin dengan isteri saya dahulu. Lagi pula, saya belum pernah memandu secara peribadi seperti ini.”


“awak tinggal di mana? Di kawasan rumah saya, ada sebuah rumah dan sesuai untuk awak dan keluarga awak tinggal di situ. Lagi pula, isteri awak boleh menjadi peneman kepada isteri dan anak-anak saya. Tak payah fikir panjang, saya nak balas jasa baik awak kerana telah menolong saya. Saya akan berikan gaji 3 kali ganda daripada gagi awak sekarang” Jelas lelaki yang bergelar dato itu.


”Insya-Allah, mungkin ini rezeki anak saya. Saya yakin isteri saya setuju. Lagi pula dia melarang saya membawa teksi lagi katanya bahaya membawa pemandu yang tidak dikenali. Baiklah, saya setuju”


Pak Abu yakin, kehadiran Dato Ramlee yang menawarkan pekerjaan kepadanya adalah merupakan hadiah yang diberikan oleh Allh s.w.t dan berkat daripada anak yang dibelanya. Apa tidaknya, setelah membela Puteri NurQaisarah, rezeki pak aku dan Mak Jah semakin melimpah ruah. Itulah yang i\dikatakan tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.


Pak Abu sebulat suara akhirnya bekerja dengan Dato Ramlee setelah dia mendapat persetujuan dan setelah berbincang dengan Mak Jah. Mungkin ini adalah langkah baru yang perlu diambil oleh Pak Abu dalam memperbaiki kehidupannya yang mendatang tambahan pula dengan kehadiran orang baru dalam dihidupnya.

1 comment:

  1. Wah Cerita2 seperti ini yang saya tunggu2...
    macam cerita kat tv..tapi ni versi penulisan...
    kreatif penulis...teruskan usaha ya...
    saya akan follow cerita ini...

    Jamal

    ReplyDelete